Thursday 21 April 2016

ZAN AZLEE IN THE HOUSE



Zan Azlee  menjadi tetamu khas bagi kelas kewartawanan foto pada 5 April 2016. Sebelum membuat ulasan tentang ucapan yang diberikan oleh beliau, marilah kita mengetahui sedikit tentang latar belakang beliau serba sedikit. Zan Azlee merupakan seorang wartawan, pembikin filem dokumentari, penulis dan juga ahli akademik. Beliau bertugas sebagai Penyunting/Eksekutif Produser bagi Rancangan Majalah, ASTRO Awani, penulis ruangan dalam “The Malaysian Insider” dan juga sebagai pensyarah di beberapa universiti di Kuala Lumpur.
Tambahan pula, beliau telah menghasilkan beberapa dokumentari di kawasan yang berkonflik seperti Afghanistan, Lebanon, Syria dan Selatan Thailand. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam kewartawanan solo. Antara kejayaan beliau adalah, telah memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik semasa Anugerah Seri Angkasa dan Festival Filem Malaysia.
Antara topik yang dikongsikan oleh beliau adalah tentang Solo Journalist. Solo Jounlist merupakan wartawan yang bergerak sendiri untuk mencari maklumat tanpa ditemani oleh krew yang ramai. Menurut beliau juga, Solo Journalist merupakan pekerjaan yang sangat mencabar dan juga seronok . Ini kerana beliau bebas untuk berjumpa dengan orang tanpa sebarang protokol dan hanya memerlukan teknik berkomunikasi yang baik.
Beliau juga berkata Solo Journalist juga mempunyai kelebihan dan kekangan tersendiri. Antara kelebihan adalah dapat mempeluaskan pengetahuan beliau. Beliau berkata demikian kerana beliau bebas menerokai ilmu tanpa dihalang oleh orang atasan dan menyebarkan ilmu yang diperolehi kepada insan yang memerlukan. Seterusnya, ia juga memudahkan beliau untuk berhubung dengan masyarakat. Ini kerana beliau tidak perlu mengikut protokol untuk berhubung dengan orang ramai tetapi yang paling penting mereka perlu menghormati subjek sekiranya mereka tidak mahu memberi kerjasama.
Tambahan pula, Zan Azlee turut berkongsi tentang pengalamanya ketika berada di Afghanistan selama sebulan. Sepanjang beliau di sana, banyak pengalaman yang diperolehi olehnya. Beliau juga berkongsi tentang detik-detik genting yang dihadapi oleh beliau sepanjang di sana. Seterusnya, beliau berkata seorang Solo Journalist tidak akan mendapat rakaman yang cantik atas faktor kekurangan tenaga kerja tetapi mesej yang ingin disampaikan kepada audien itu lebih penting. Antara pengalaman pahit yang dihadapi oleh beliau adalah ketika ditahan oleh pihak berkuasa di Jordan atas kesalahan mengambil gambar di kawasan larangan.
Seterusnya, Zan Azlee mengambil kesempatan ini untuk menasihati para pelajar untuk menjadi seorang yang versatil dan multitasker sekiranya mahu bekerja dalam industri media. Mereka perlulah menguasai pelbagai kemahiran dan tidak seharusnya terkongkong dengan suatu kemahiran sahaja. Hal ini adalah kerana kebanyakan majikan pada masa kini mencari pekerja yang boleh menyumbangkan pelbagai input kepada sebuah organisasi dan added skills adalah amat penting bagi seorang mahasiswa.

Selain itu, Zan Azlee juga turut mengulas mengenai etika kewartawanan iaitu satu isu yang sangat penting dan kontroversial dalam dunia kewartawanan. Beliau telah menceritakan bagaimana beliau perlu membuat keputusan sama ada mahu menonjolkan wajah subjek dalam temu bual yang telah dilakukannya. Namun begitu, atas dasar tanggungjawab sebagai wartawan, beliau telah mengaburi wajah subjek tersebut dalam video yang telah dimuat naik dalam laman Youtube. Perkara yang sama juga telah dilakukan oleh beliau apabila memperoleh maklumat yang berisiko daripada orang awam. Akibat khuatir bahawa keselamatan pemberi maklumat akan terancam, Zan Azlee tidak menerbitkan maklumat tersebut dalam mana-mana hasil kerja beliau.

“Kita belajar dengan keadaan sekeliling dan janganlah lakukan sesuatu perkara hanya kerana mahukan ganjaran tetapi lakukanlah kerana kepuasan yang akan diterima pada akhirnya”

Zan Azlee

Secara kesimpulannya, ucapan yang diberikan oleh Zan Azlee sangat bermakna dan berguna kerana kami dapat mempelajari sesuatu perkara yang baharu serta dihiburkan dengan pengalamannya yang begitu luas dalam bidang kewartawanan. 



They wanted to take photos with me!



  


Read More

Wednesday 6 April 2016

PORTRAIT PHOTOGRAPHY

‘Portrait Photography’ atau fotografi potret adalah salah satu bentuk fotografi yang paling biasa dan common dalam dunia fotografi. Fotografi potret secara asasnya adalah fotografi seseorang atau sekumpulan orang yang memaparkan ekspresi, personaliti, dan mood subjek. Seperti lain-lain jenis potret, fokus gambar yang biasanya wajah seseorang, walaupun seluruh tubuh dan latar belakang atau konteks boleh dimasukkan. Secara harfiahnya, fotografi jenis ini adalah seni menangkap subjek (dalam kes ini, seseorang atau sekumpulan orang) di mana muka, ciri-ciri wajah dan juga ekspresi muka diberi keutamaan.

            Dengan menumpukan kepada wajah seseorang yang menjadi subjek, penceritaan sesebuah imej itu akan menjadi lebih berkesan. Wajah yang dipaparkan akan dapat menceritakan situasi yang berlaku melalui ekspresi dan ciri-ciri wajah tanpa perlu bantuan sokongan dari paparan latar belakang. 


JENIS POTRET

MIDDLE-SHOT PORTRAIT


Framing atau pembingkaian disini maksudnya adalah menggunakan objek lain dalam foto untuk membingkai objek utama. Dalam foto ini, dua tiang tersebut bertindak sebagai objek untuk membingkaikan subjek. Subjek lebih menyerlah dengan bantuan pencahayaan dari dua lampu.


HIGH-KEY MEDIUM CLOSE-UP


Teknik high-key dan low-key dalam fotografi mempengaruhi mood imej yang dihasilkan. Subjek foto terdedah kepada cahaya lampu jalan yang terang, menghasilkan imej high-key. Subjek serta teknik foto ini menghasilkan mood yang positif dan kegembiraan kepada imej. Tambahan pula, kesederhanaan background foto akan semakin memfokuskan kepada subjek dan menguatkan objek utama.


DEPTH OF FIELD


Pemfokusan kepada subjek menghasilkan imej yang blur di bahagian latar gambar. Ini akan memberikan unsur artistik pada foto yang terhasil. Hasilnya, subjek akan lebih menonjol dan membuatkan mata audiens tertumpu kepada subjek dan tidak diganggu oleh latar. Kaedah eye-level digunakan dalam penghasilan gambar.
Read More

Monday 28 March 2016

FEATURE PHOTOS

Longgokan Sampah Haram Cemarkan Bukit Ampang

Oleh Muhamad Iqbal Mohd. Zazuli
Akhbar Kosmo Online
Tarikh artikel 28 Mac 2016

LONGGOKAN sampah yang dibuang oleh kontraktor di tepi laluan Jalan Ampang-Hulu Langat mencemarkan pemandangan di kawasan Bukit Ampang, Kajang.

Gambaran visual diatas memaparkan longgokan sampah sarap yang dibuang oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab di sepanjang jalan Ampang ke Hulu Langat. Isu sampah sarap bukanlah suatu isu yang baharu dalam kehidupan masyarakat tetapi apa yang lebih utama adalah betapa pentingnya manusia menjaga alam sekitar.

Isu ini tidak sesuai dijadikan sebagai penulisan rencana kerana ia bukanlah suatu isu yang baharu terjadi di sekitar jalan Ampang ke Hulu Langat tetapi merupakan suatu isu yang sudah lama terjadi. Berkenaan dengan teknik kemera yang digunakan bagi memaparkan visual sampah tidaklah begitu menarik tetapi yang lebih penting adalah cara penyampaian visual sampah itu kepada umum sampai dengan memaparkan full shot keadaan sampah sarap di jalan Ampang ke Hulu Langat.





PENGEBUMIAN PALING ANEH

Oleh Kamarudin Mohamed Salleh
Akhbar Harian Metro
Tarikh Artikel 26 Mac 2016, m/s 73

Mendiang Georgina Chevrony didudukan di atas kerusi untuk penghormatan terakhir
Sebelum mati, mendiang Georgina Chevrony pernah memberitahu keluarganya bahawa dia sendiri mahu menghadiri majlis pengebumiannya. Apabila wanita berusia 80 tahun ini mati akibat sakit tua, adiknya Miriam memakaikan gaun pengantinnya dan mayatnya didudukkan di atas kerusi, di tengah-tengah majlis pengebumian yang dihadiri oleh anggota keluarga dan kenalannya.
           
Berita ini boleh dikelaskan sebagai sebuah berita rencana. Subjek yang ditonjolkan dalam berita merupakan suatu yang pelik dan kejadian ini jarang sekali berlaku dalam kehidupan seharian. Walaupun peristiwa mengenai kisah pengebumian mendiang Georgina Chevrony ini sudah dilaporkan pada 28 Mei 2014 oleh akhbar tempatan United Kingdom, Daily Mirror, nilai berita yang tidak lapuk menjadikan kisah ini sebuah berita rencana.

            Teknik kamera yang digunakan bersesuaian dengan penyampaian berita yang hendak diketengahkan iaitu cerita mengenai peristiwa pengebumian yang pelik mendiang Georgina Chevrony.





Kuari gugat Gunung Pulai

Oleh Suzalina Halid
Akhbar Berita Harian Online
Tarikh Artikel ISNIN, 28 MAC 2016 @ 12:09 AM



Gambar ini boleh dikategorikan sebagai satu feature kerana mempunyai unsur unik dan ganjil yang mampu menarik perhatian pembaca untuk melihatnya. Hal ini adalah kerana batu merupakan sumber semula jadi dan juga ia masih kekal dalam bentuknya. Gambar ini juga tidak menggambarkan kejadian yang baru terjadi.

            Teknik kamera yang digunakan dalam gambar ini adalah menarik kerana berjaya menonjolkan keganjilan gambar ini di mana batu kapur yang meyerupai bentuk seekor gajah dalam Gua Kelambu dekat Pulai. Subjek yang ditonjolkan juga bersesuaian untuk menimbulkan rasa ingin tahu akan cerita di sebalik gambar ini kepada para pembaca. Batu kapur yang merupakan sumber semula jadi yang biasa sahaja mampu dijadikan subjek yang menarik apabila diletakkan dalam konteks yang berbeza daripada kebiasaan.

Read More

Sunday 20 March 2016

KUALA LUMPUR KITA JE!

KUALA LUMPUR KITA JE!

An Audio-Visual Project with Marginalized Children Featuring Artwork by Sixteen Refugee and Undocumented Children
and
Syefry Moniz’s Bakul Boy
A Photo Essay of Bajau Laut Children
 


Oleh : Nik Muhammad Rabbanie                                                                                          Jurugambar: nisyalocreativepicture
            Mohammad Syafiq
            Logeswara



Antara kanak-kanak dari Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Chow Kit.



Kuala Lumpur Kita Je! merupakan salah satu inisiatif Yayasan Chow Kit dalam mengetengahkan bakat kanak-kanak dan juga golongan pelarian menerusi bidang fotografi. Sebanyak  16 hasil karya kanak-kanak yang mempunyai perbezaan latar belakang keluarga dan juga ekonomi dipamerkan dalam pameran kali ini. 

Pameran berlangsung di Galeri Seni Universiti Malaya, Aras Lima, Canselori Universiti Malaya dan terbuka kepada umum serta masuk adalah percuma.


TUJUAN PENGANJURAN

Penganjuran pameran Kuala Lumpur Kita Je!’ ini adalah untuk memperlihatkan dan memperjuangkan nasib kanak-kanak yang berada di kawasan Chow Kit yang terpinggir daripada menikmati  zaman kanak-kanak seperti kanak-kanak yang lain. Kebanyakan mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan ini menyukarkan lagi untuk mereka mendapat pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta yang diiktiraf. Ditambah lagi dengan ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan memaksa kanak-kanak di kawasan Chow Kit melupakan alam kanak-kanak mereka dan berkeliaran di lorong-lorong sekitar Jalan Chow Kit tanpa ada hala tujuan.

Pencetus idea Kuala Lumpur Kita Je!, Kamal Solhaimi Fadzil berkata, tujuan utama pameran ini dijalankan adalah untuk mendesak pihak berkuasa tempatan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak pelarian dan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri memasuki alam persekolahan.

“Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kepentingan untuk melindungi kanak-kanak ini dalam memberi pendidikan tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Jika mereka diberi persekolahan dan akan datang kalau ada program pemutihan yang dilakukan maka mereka dapat menyambung pengajian ditempat asal mereka serta tidak terhenti begitu sahaja,” katanya ketika hadir di Pameran Kuala Lumpur Kita Je!.

“ONE PERSON REPRESENTING AN ABSTRACT TOPIC”

Pameran Kuala Lumpur Kita Je! lebih menumpukan kepada cerita kemanusiaan  kanak-kanak pelarian yang kurang bernasib baik. Visual-visual yang terhampar pada dinding-dinding merupakan imej yang di ambil sendiri oleh kanak-kanak pelarian ini sebahagian dari tugasan dalam pembelajaran mereka. Gambar yang disertakan dengan caption  itu merupakan ekspresi dan mesej berbentuk abstrak oleh kanak-kanak itu sendiri yang mahu masyarakat Malaysia terutamanya melihat realiti kehidupan mereka. Pameran ini dikategorikan sebagai  kisah kemanusiaan seseorang mewakili topik abstrak dengan bertujuan menarik khalayak supaya lebih prihatin dengan senario yang terjadi sekarang.

DAYA TARIKAN

Pameran ini menampilkan beberapa gambaran visual yang mengandungi nilai tersendiri pada setiap gambaran visual yang dipersembahkaan kepada umum. Salah satu gambaran visual yang mempunyai nilai dan pesanan yang mendalam adalah poster kanak-kanak sedang bermain mengelilingi sebatang pokok.

Hasil karya lukisan bersama [Sulama, Aisyah, Tashah, Aatikah, Fatimah, Kinza, Mafuza, Aqsa dan Suzana] kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit.


Melalui paparan visual diatas, dapat dilihat beberapa kanak-kanak terpisah dengan alam kehidupan kanak-kanak yang sebenar. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Ranting-ranting pokok yang ditonjolkan mewakili kehidupan yang patut kanak-kanak lalui diusianya tetapi dihalang oleh ketinggian pokok. Ia sengaja dilukis sebegitu bagi menunjukan kepada umum mengenai keperitan yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak seperti mereka.


 Hasil tulisan luahan hati dan harapan oleh kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit.

Selain itu, paparan visual tulisan tangan kanak-kanak mengenai harapan mereka juga amat menyentuh perasaan sesiapa yang membaca dan melihatnya. Majoriti harapan kanak-kanak ini mahukan dokumen pengenalan diri agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusia dengannya dalam keadaan yang selamat.

KISAH DISEBALIK VISUAL

Cerita di sebalik imej tersebut menjadikan visual tersebut lebih istimewa dan bernilai. Visual itu sendiri menceritakan kisahnya dengan hanya diratapi dengan mata, dan dengan bantuan caption dan penceritaan menjadikannya lebih mudah untuk menarik khalayak. Sesebuah penceritaan menjadikan sesebuah komunikasi antara penyampai dan audiens lebih berkesan. Visual yang diambil oleh kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini merupakan ekspresi dari mereka supaya audiens lebih mengambil berat dan mengambil kisah akan keadaan yang terpaksa mereka hadapi dalam proses mengharungi hidup di bumi bertuah ini.


BAKUL BOY

                           Salmankan sedang menolak troli kayu yang berisi ikan untuk di hantar ke pelanggan di Pasar Basah Filipino di Kota Kinabalu.

Bakul Boy merupakan sebuah kisah benar mengenai seorang budak lelaki bernama Salmankan yang berasal dari Semporna, Sabah. Budak lelaki ini mengikuti keluarganya berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah dalam usaha mencari kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Salmankan melakukan dua kerja dalam masa sehari iaitu menjual beg plastik (bakul) dan kemudiannya menolak troli kayu antara pembekal ikan dengan pelanggan di Pasar Basah Filipino di Kota Kinabalu. Dia bekerja untuk membantu keluarganya dan tidak berkesempatan sama sekali untuk mendapatkan pendidikan.



Sekilas lalu pameran "KUALA LUMPUR KITA JE!"


Read More

Sunday 13 March 2016

ADAT PERKAHWINAN NEGERI JOHOR

Tema   : Perkahwinan Negeri Johor.
Lokasi : Air Hitam, Johor.
Tarikh : 12 Mac 2016


Pengenalan


Orang Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai adat yang menjadi kebanggaan masyarakatnya. Upacara perkahwinan tidak lari daripada mengamalkan adat tradisi Melayu yang telah sekian lama wujud dalam kalangan mereka. Sudah menjadi kemestian dalam acara perkahwinan antara pasangan pengantin untuk menjalankan upacara  dimulai dengan adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan akhirnya bersanding. Keunikan yang terdapat dalam adat perkahwinan Negeri Johor berbanding negeri lain ialah adat TOL.
             Adat Tol ini dijalankan sewaktu sebelum upacara bersanding antara pasangan dijalankan. Pasangan lelaki yang berkahwin dengan wanita Johor akan dikenakan beberapa siri Tol sebelum dapat memasuki rumah pengantin perempuan. Dalam tradisi ini, pengapit  atau pengiring bagi pengantin lelaki memainkan peranan dalam ‘memberi’ dan ‘membayar’ duit kepada mereka yang menjaga tol termasuklah golongan kanak-kanak, saudara mara, sahabat pengantin perempuan serta mak andam. Adat Tol ini bukanlah wajib tetapi hanya sekadar untuk memeriahkan majlis.
            Pada sebelah malam kenduri, akan diadakan persembahan kuda kepang. Keunikan yang hanya ada di negeri Johor ini bertujuan untuk meraikan kejayaan pasangan pengantin dalam membina rumahtangga bersama.



Pengantin perempuan menurunkan tandatangan pada sijil nikah sambil diperhatikan oleh juru nikah selepas sah bergelar isteri.

Shot : Close Up



Pengantin perempuan sedang membaca lafaz ta'lik nikah selepas selesai akad nikah.

Shot: Midrange Shot





Pengantin lelaki dan perempuan tersenyum apabila diusik nakal oleh saudara mara selepas akad nikah.

Shot : Midrange Shot




Rombongan pengantin lelaki berarak menuju ke rumah pengantin perempuan sambil diikuti paluan kompang.

Shot : Establish Shot



Seorang ahli daripada pasukan kompang membawa gendang dalam perarakan rombongan pengantin lelaki. 

Shot : Full Shot




Rombongan pengantin lelaki dihalang daripada memasuki kawasan pekarangan rumah pengantin perempuan dan perlu membayar tol untuk memasuki kawasan rumah pengantin perempuan.

Shot : Full Shot



SELAMAT MEMBACA......!!!

Read More

Friday 4 March 2016

Contoh-contoh imej yang mempunyai nilai berita

Bihun Kaca: Keluarga mahu saman pengusaha kantin


SINAR HARIAN
3 MAC 2016




Nilai berita yang dapat diperolehi daripada kejadian ini dapat dilihat dari segi magnitude, significance, prominence dan kejutan (surprise).  Kejadian sebegini merupakan kejadian yang serius dan dianggap penting kepada para ibu bapa kerana ia membabitkan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka ketika berada di sekolah. Gambaran visual jelas menunjukkan beberapa budak sekolah yang termakan bihun goreng  dipercayai mengandungi serpihan kaca dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
            
Isu-isu sebegini mendapat perhatian meluas bukan sahaja daripada ibu bapa tetapi semua khayalak umum. Jelasnya kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku lagi membabitkan pelajar sekolah dan ini merupakan satu kejutan buat masyarakat setempat. Tindakan yang diambil oleh para ibu bapa terhadap pengusaha kantin menunjukkan isu ini dipandang serius agar ia tidak berulang dan berlaku di sekolah-sekolah yang lain juga. Gambaran visual yang dipaparkan dapat menjelaskan lagi keadaan sebenar yang berlaku kepada budak sekolah tersebut dengan dibantu penulisan yang menceritakan lebih lanjut kejadian yang berlaku.








Al-Quran ditumbuhi pokok bunga anggerik


HARIAN METRO
4 MAC 2016





Gambar di atas mempunyai elemen pelik di mana menjadi salah satu elemen dalam proses pemilihan gambar diambil kira oleh wartawan foto. Gambar sebegini jarang dijumpa oleh pembaca. Oleh itu, ia sesuai untuk diterbitkan kerana ia boleh mendapat perhatian daripada pembaca.

Gambar di atas juga mempunyai gambaran visual yang mengandungi mesej yang hendak disampaikan kepada umum tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang telah berlaku. Penggunaan gambar di atas juga dijadikan teknik berkesan dalam menyampaikan maklumat dan mempercepatkan proses kefahaman setiap pembaca.


Antara nilai berita yang terdapat dalam isu yang terpapar dalam surat khabar ini adalah keunikan atau dikenali sebagai unusualness. Al-Quran yang ditumbuhi pokok bunga anggerik dianggap unik. Oleh itu, manusia cenderung ingin tahu tentang segala hal yang unik, aneh dan lucu. Hal-hal yang belum pernah atau tak biasa ditemui dalam kehidupan seharian dan menarik perhatian.







Aktivis Peta

DITERBITKAN PADA : 13 JULAI 2012
JURUGAMBAR: CHRIS WILKINS






Seekor anjing melihat kearah Alejandro Mendoza, salah seorang ahli aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) yang disangkarkan di luar pusat jualan pakaian terkemuka dunia Jacques Ferber Fur, Philadelphia, Amerika Syarikat pada 11 Julai 2012. Simbolik perbuatan beliau ialah sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman meletakkan haiwan di dalam sangkar di mana haiwan-haiwan ini patut hidup dalam keadaan bebas serta industry pakaian berasaskan haiwan. Pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi haiwan ini terkenal dengan kedudukan mereka yang menentang akan penggunaan pakaian berasaskan haiwan dalam industri seperti bulu dan kulit binatang.






Kelibat curiga intip murid


HARIAN METRO
4 MAC 2016




Antara elemen yang terdapat dalam foto di atas bagi menerbitkan surat khabar adalah memiliki nilai dramatik. Gambar yang memiliki nilai dramatik yang tinggi dapat menceritakan kepada pembaca dengan jelas. Kejadian sebegini merupakan kejadian yang serius dan dianggap penting kepada para ibu bapa kerana ia membabitkan keselamatan anak-anak. Selain itu, kejadian ini juga memiliki nilai beritanya seperti magnitude iaitu satu kejadian yang mempunyai pengaruh yang luas bagi masyarakat terutamanya ibu bapa. Kejadian ini juga mempunyai significance di mana ia menggambarkan sejauh mana pentingnya untuk mengawasi anak-anak yang masih belajar.
Read More

Wartawan Foto Sebagai Agen Perubahan




Wartawan foto sebagai agen perubahan dapat ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang journalis foto yang menghidangkan gambar dan foto yang diambilnya seterusnya memberi kesan dan perubahan dalam masyarakat dan sekitar. Kewartawanan foto membentuk sebuah penceritaan dari sebuah foto yang memberitahu khalayak dan audiens tentang realiti berlaku di sekitar kita. Penceritaan ini menjadi sebuah pengajaran dan pemberitahuan yang membentuk sebuah komunikasi yang berkesan antara jurnalis foto dan audiens yang mengajak masyarakat untuk bertindak. “Lensa kamera mempunyai kelebihan untuk menceritakan sesebuah kisah dan menjadi saksi kepada kehidupan realiti”. - Greta Rybus -



James Natchwey


Things that probably even I shouldn't mention



War Photographer



Read More