Wednesday, 6 April 2016

PORTRAIT PHOTOGRAPHY

‘Portrait Photography’ atau fotografi potret adalah salah satu bentuk fotografi yang paling biasa dan common dalam dunia fotografi. Fotografi potret secara asasnya adalah fotografi seseorang atau sekumpulan orang yang memaparkan ekspresi, personaliti, dan mood subjek. Seperti lain-lain jenis potret, fokus gambar yang biasanya wajah seseorang, walaupun seluruh tubuh dan latar belakang atau konteks boleh dimasukkan. Secara harfiahnya, fotografi jenis ini adalah seni menangkap subjek (dalam kes ini, seseorang atau sekumpulan orang) di mana muka, ciri-ciri wajah dan juga ekspresi muka diberi keutamaan.

            Dengan menumpukan kepada wajah seseorang yang menjadi subjek, penceritaan sesebuah imej itu akan menjadi lebih berkesan. Wajah yang dipaparkan akan dapat menceritakan situasi yang berlaku melalui ekspresi dan ciri-ciri wajah tanpa perlu bantuan sokongan dari paparan latar belakang. 


JENIS POTRET

MIDDLE-SHOT PORTRAIT


Framing atau pembingkaian disini maksudnya adalah menggunakan objek lain dalam foto untuk membingkai objek utama. Dalam foto ini, dua tiang tersebut bertindak sebagai objek untuk membingkaikan subjek. Subjek lebih menyerlah dengan bantuan pencahayaan dari dua lampu.


HIGH-KEY MEDIUM CLOSE-UP


Teknik high-key dan low-key dalam fotografi mempengaruhi mood imej yang dihasilkan. Subjek foto terdedah kepada cahaya lampu jalan yang terang, menghasilkan imej high-key. Subjek serta teknik foto ini menghasilkan mood yang positif dan kegembiraan kepada imej. Tambahan pula, kesederhanaan background foto akan semakin memfokuskan kepada subjek dan menguatkan objek utama.


DEPTH OF FIELD


Pemfokusan kepada subjek menghasilkan imej yang blur di bahagian latar gambar. Ini akan memberikan unsur artistik pada foto yang terhasil. Hasilnya, subjek akan lebih menonjol dan membuatkan mata audiens tertumpu kepada subjek dan tidak diganggu oleh latar. Kaedah eye-level digunakan dalam penghasilan gambar.

Related Posts:

  • FEATURE PHOTOS Longgokan Sampah Haram Cemarkan Bukit Ampang Oleh Muhamad Iqbal Mohd. Zazuli Akhbar Kosmo Online Links http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten… Read More
  • Definisi Kewartawanan Foto Kewartawanan foto merupakan suatu bidang dalam kewartawanan yang melibatkan kerja-kerja mengumpul, mengedit dan juga mendapatkan bahan-bah… Read More
  • ZAN AZLEE IN THE HOUSE Zan Azlee  menjadi tetamu khas bagi kelas kewartawanan foto pada 5 April 2016. Sebelum membuat ulasan tentang ucapan yang diberikan oleh bel… Read More
  • PORTRAIT PHOTOGRAPHY ‘Portrait Photography’ atau fotografi potret adalah salah satu bentuk fotografi yang paling biasa dan common dalam dunia fotografi. Fotografi potret … Read More
  • ADAT PERKAHWINAN NEGERI JOHORTema   : Perkahwinan Negeri Johor. Lokasi : Air Hitam, Johor. Tarikh : 12 Mac 2016 Pengenalan Orang Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai … Read More

0 comments:

Post a Comment