Longgokan Sampah Haram Cemarkan Bukit Ampang
Oleh
Muhamad Iqbal Mohd.
Zazuli
Akhbar
Kosmo Online
Tarikh
artikel 28 Mac 2016
LONGGOKAN sampah yang dibuang oleh kontraktor di tepi laluan Jalan Ampang-Hulu Langat mencemarkan pemandangan di kawasan Bukit Ampang, Kajang. |
Gambaran
visual diatas memaparkan longgokan sampah sarap yang dibuang oleh segelintir
orang yang tidak bertanggungjawab di sepanjang jalan Ampang ke Hulu Langat. Isu
sampah sarap bukanlah suatu isu yang baharu dalam kehidupan masyarakat tetapi apa
yang lebih utama adalah betapa pentingnya manusia menjaga alam sekitar.
Isu
ini tidak sesuai dijadikan sebagai penulisan rencana kerana ia bukanlah suatu isu
yang baharu terjadi di sekitar jalan Ampang ke Hulu Langat tetapi merupakan
suatu isu yang sudah lama terjadi. Berkenaan dengan teknik kemera yang
digunakan bagi memaparkan visual sampah tidaklah begitu menarik tetapi yang
lebih penting adalah cara penyampaian visual sampah itu kepada umum sampai
dengan memaparkan full shot keadaan
sampah sarap di jalan Ampang ke Hulu Langat.
PENGEBUMIAN PALING ANEH
Oleh Kamarudin Mohamed
Salleh
Akhbar Harian Metro
Tarikh Artikel 26 Mac 2016, m/s 73
Mendiang Georgina Chevrony didudukan di atas kerusi untuk penghormatan terakhir |
Sebelum mati, mendiang Georgina Chevrony pernah
memberitahu keluarganya bahawa dia sendiri mahu menghadiri majlis
pengebumiannya. Apabila wanita berusia 80 tahun ini mati akibat sakit tua,
adiknya Miriam memakaikan gaun pengantinnya dan mayatnya didudukkan di atas
kerusi, di tengah-tengah majlis pengebumian yang dihadiri oleh anggota keluarga
dan kenalannya.
Berita ini boleh dikelaskan sebagai sebuah
berita rencana. Subjek yang ditonjolkan dalam berita merupakan suatu yang pelik
dan kejadian ini jarang sekali berlaku dalam kehidupan seharian. Walaupun
peristiwa mengenai kisah pengebumian mendiang Georgina Chevrony ini sudah
dilaporkan pada 28 Mei 2014 oleh akhbar tempatan United Kingdom, Daily Mirror,
nilai berita yang tidak lapuk menjadikan kisah ini sebuah berita rencana.
Teknik kamera yang digunakan
bersesuaian dengan penyampaian berita yang hendak diketengahkan iaitu cerita
mengenai peristiwa pengebumian yang pelik mendiang Georgina Chevrony.
Kuari gugat Gunung Pulai
Oleh Suzalina Halid
Akhbar Berita Harian
Online
Tarikh Artikel ISNIN, 28 MAC 2016 @ 12:09 AM
Gambar ini boleh dikategorikan sebagai satu feature kerana
mempunyai unsur unik dan ganjil yang mampu menarik perhatian pembaca untuk
melihatnya. Hal ini adalah kerana batu merupakan sumber semula jadi dan juga ia
masih kekal dalam bentuknya. Gambar ini juga tidak menggambarkan kejadian yang
baru terjadi.
Teknik kamera yang digunakan dalam
gambar ini adalah menarik kerana berjaya menonjolkan keganjilan gambar ini di
mana batu kapur yang meyerupai bentuk seekor gajah dalam Gua Kelambu dekat
Pulai. Subjek yang ditonjolkan juga bersesuaian untuk menimbulkan rasa ingin
tahu akan cerita di sebalik gambar ini kepada para pembaca. Batu kapur yang
merupakan sumber semula jadi yang biasa sahaja mampu dijadikan subjek yang
menarik apabila diletakkan dalam konteks yang berbeza daripada kebiasaan.
0 comments:
Post a Comment