Thursday 21 April 2016

ZAN AZLEE IN THE HOUSE



Zan Azlee  menjadi tetamu khas bagi kelas kewartawanan foto pada 5 April 2016. Sebelum membuat ulasan tentang ucapan yang diberikan oleh beliau, marilah kita mengetahui sedikit tentang latar belakang beliau serba sedikit. Zan Azlee merupakan seorang wartawan, pembikin filem dokumentari, penulis dan juga ahli akademik. Beliau bertugas sebagai Penyunting/Eksekutif Produser bagi Rancangan Majalah, ASTRO Awani, penulis ruangan dalam “The Malaysian Insider” dan juga sebagai pensyarah di beberapa universiti di Kuala Lumpur.
Tambahan pula, beliau telah menghasilkan beberapa dokumentari di kawasan yang berkonflik seperti Afghanistan, Lebanon, Syria dan Selatan Thailand. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam kewartawanan solo. Antara kejayaan beliau adalah, telah memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik semasa Anugerah Seri Angkasa dan Festival Filem Malaysia.
Antara topik yang dikongsikan oleh beliau adalah tentang Solo Journalist. Solo Jounlist merupakan wartawan yang bergerak sendiri untuk mencari maklumat tanpa ditemani oleh krew yang ramai. Menurut beliau juga, Solo Journalist merupakan pekerjaan yang sangat mencabar dan juga seronok . Ini kerana beliau bebas untuk berjumpa dengan orang tanpa sebarang protokol dan hanya memerlukan teknik berkomunikasi yang baik.
Beliau juga berkata Solo Journalist juga mempunyai kelebihan dan kekangan tersendiri. Antara kelebihan adalah dapat mempeluaskan pengetahuan beliau. Beliau berkata demikian kerana beliau bebas menerokai ilmu tanpa dihalang oleh orang atasan dan menyebarkan ilmu yang diperolehi kepada insan yang memerlukan. Seterusnya, ia juga memudahkan beliau untuk berhubung dengan masyarakat. Ini kerana beliau tidak perlu mengikut protokol untuk berhubung dengan orang ramai tetapi yang paling penting mereka perlu menghormati subjek sekiranya mereka tidak mahu memberi kerjasama.
Tambahan pula, Zan Azlee turut berkongsi tentang pengalamanya ketika berada di Afghanistan selama sebulan. Sepanjang beliau di sana, banyak pengalaman yang diperolehi olehnya. Beliau juga berkongsi tentang detik-detik genting yang dihadapi oleh beliau sepanjang di sana. Seterusnya, beliau berkata seorang Solo Journalist tidak akan mendapat rakaman yang cantik atas faktor kekurangan tenaga kerja tetapi mesej yang ingin disampaikan kepada audien itu lebih penting. Antara pengalaman pahit yang dihadapi oleh beliau adalah ketika ditahan oleh pihak berkuasa di Jordan atas kesalahan mengambil gambar di kawasan larangan.
Seterusnya, Zan Azlee mengambil kesempatan ini untuk menasihati para pelajar untuk menjadi seorang yang versatil dan multitasker sekiranya mahu bekerja dalam industri media. Mereka perlulah menguasai pelbagai kemahiran dan tidak seharusnya terkongkong dengan suatu kemahiran sahaja. Hal ini adalah kerana kebanyakan majikan pada masa kini mencari pekerja yang boleh menyumbangkan pelbagai input kepada sebuah organisasi dan added skills adalah amat penting bagi seorang mahasiswa.

Selain itu, Zan Azlee juga turut mengulas mengenai etika kewartawanan iaitu satu isu yang sangat penting dan kontroversial dalam dunia kewartawanan. Beliau telah menceritakan bagaimana beliau perlu membuat keputusan sama ada mahu menonjolkan wajah subjek dalam temu bual yang telah dilakukannya. Namun begitu, atas dasar tanggungjawab sebagai wartawan, beliau telah mengaburi wajah subjek tersebut dalam video yang telah dimuat naik dalam laman Youtube. Perkara yang sama juga telah dilakukan oleh beliau apabila memperoleh maklumat yang berisiko daripada orang awam. Akibat khuatir bahawa keselamatan pemberi maklumat akan terancam, Zan Azlee tidak menerbitkan maklumat tersebut dalam mana-mana hasil kerja beliau.

“Kita belajar dengan keadaan sekeliling dan janganlah lakukan sesuatu perkara hanya kerana mahukan ganjaran tetapi lakukanlah kerana kepuasan yang akan diterima pada akhirnya”

Zan Azlee

Secara kesimpulannya, ucapan yang diberikan oleh Zan Azlee sangat bermakna dan berguna kerana kami dapat mempelajari sesuatu perkara yang baharu serta dihiburkan dengan pengalamannya yang begitu luas dalam bidang kewartawanan. 



They wanted to take photos with me!



  


0 comments:

Post a Comment