Bihun
Kaca: Keluarga mahu saman pengusaha kantin
SINAR HARIAN
3 MAC 2016
![]() |
Nilai berita yang dapat diperolehi
daripada kejadian ini dapat dilihat dari segi magnitude, significance, prominence dan kejutan (surprise). Kejadian sebegini merupakan kejadian yang
serius dan dianggap penting kepada para ibu bapa kerana ia membabitkan
keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka ketika berada di sekolah. Gambaran visual
jelas menunjukkan beberapa budak sekolah yang termakan bihun goreng dipercayai mengandungi serpihan kaca dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
Isu-isu sebegini mendapat perhatian meluas bukan sahaja daripada
ibu bapa tetapi semua khayalak umum. Jelasnya kejadian seumpama ini tidak
pernah berlaku lagi membabitkan pelajar sekolah dan ini merupakan satu kejutan
buat masyarakat setempat. Tindakan yang diambil oleh para ibu bapa terhadap
pengusaha kantin menunjukkan isu ini dipandang serius agar ia tidak berulang
dan berlaku di sekolah-sekolah yang lain juga. Gambaran visual yang dipaparkan dapat
menjelaskan lagi keadaan sebenar yang berlaku kepada budak sekolah tersebut
dengan dibantu penulisan yang menceritakan lebih lanjut kejadian yang berlaku.
HARIAN METRO
Al-Quran ditumbuhi pokok bunga
anggerik
HARIAN METRO
4 MAC 2016
![]() |
Gambar di atas mempunyai
elemen pelik di mana menjadi salah satu elemen dalam
proses pemilihan gambar diambil kira oleh wartawan foto. Gambar sebegini jarang
dijumpa oleh pembaca. Oleh itu, ia sesuai untuk diterbitkan kerana ia boleh
mendapat perhatian daripada pembaca.
Gambar
di atas juga mempunyai gambaran visual yang mengandungi mesej yang hendak
disampaikan kepada umum tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang telah
berlaku. Penggunaan gambar di atas juga dijadikan teknik
berkesan dalam menyampaikan maklumat dan mempercepatkan proses kefahaman setiap
pembaca.
Antara nilai berita yang terdapat dalam isu yang terpapar dalam surat
khabar ini adalah keunikan atau dikenali sebagai unusualness. Al-Quran yang ditumbuhi pokok bunga anggerik dianggap
unik. Oleh itu, manusia
cenderung ingin tahu tentang segala hal yang unik, aneh dan lucu. Hal-hal yang
belum pernah atau tak biasa ditemui dalam kehidupan seharian dan menarik
perhatian.
Aktivis Peta
DITERBITKAN PADA : 13 JULAI 2012
JURUGAMBAR: CHRIS WILKINS
Seekor
anjing melihat kearah Alejandro Mendoza, salah seorang ahli aktivis sebuah
pertubuhan bukan kerajaan, People for the
Ethical Treatment of Animals (PETA) yang disangkarkan di luar pusat jualan
pakaian terkemuka dunia Jacques Ferber Fur, Philadelphia, Amerika Syarikat pada
11 Julai 2012. Simbolik perbuatan beliau ialah sebagai tanda bantahan terhadap
kekejaman meletakkan haiwan di dalam sangkar di mana haiwan-haiwan ini patut
hidup dalam keadaan bebas serta industry pakaian berasaskan haiwan. Pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi
haiwan ini terkenal dengan kedudukan mereka yang menentang akan penggunaan
pakaian berasaskan haiwan dalam industri seperti bulu dan kulit binatang.
Kelibat curiga intip murid
HARIAN METRO
4 MAC 2016
Antara elemen yang
terdapat dalam foto di atas bagi menerbitkan surat khabar adalah memiliki nilai
dramatik. Gambar yang memiliki nilai dramatik yang tinggi dapat menceritakan
kepada pembaca dengan jelas. Kejadian sebegini merupakan kejadian yang serius
dan dianggap penting kepada para ibu bapa kerana ia membabitkan keselamatan
anak-anak. Selain itu, kejadian
ini juga memiliki nilai beritanya seperti magnitude
iaitu satu kejadian yang mempunyai pengaruh yang luas bagi masyarakat
terutamanya ibu bapa. Kejadian ini juga mempunyai significance di mana ia menggambarkan sejauh mana pentingnya untuk
mengawasi anak-anak yang masih belajar.
0 comments:
Post a Comment