Sunday, 20 March 2016

KUALA LUMPUR KITA JE!

KUALA LUMPUR KITA JE!

An Audio-Visual Project with Marginalized Children Featuring Artwork by Sixteen Refugee and Undocumented Children
and
Syefry Moniz’s Bakul Boy
A Photo Essay of Bajau Laut Children
 


Oleh : Nik Muhammad Rabbanie                                                                                          Jurugambar: nisyalocreativepicture
            Mohammad Syafiq
            Logeswara



Antara kanak-kanak dari Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Chow Kit.



Kuala Lumpur Kita Je! merupakan salah satu inisiatif Yayasan Chow Kit dalam mengetengahkan bakat kanak-kanak dan juga golongan pelarian menerusi bidang fotografi. Sebanyak  16 hasil karya kanak-kanak yang mempunyai perbezaan latar belakang keluarga dan juga ekonomi dipamerkan dalam pameran kali ini. 

Pameran berlangsung di Galeri Seni Universiti Malaya, Aras Lima, Canselori Universiti Malaya dan terbuka kepada umum serta masuk adalah percuma.


TUJUAN PENGANJURAN

Penganjuran pameran Kuala Lumpur Kita Je!’ ini adalah untuk memperlihatkan dan memperjuangkan nasib kanak-kanak yang berada di kawasan Chow Kit yang terpinggir daripada menikmati  zaman kanak-kanak seperti kanak-kanak yang lain. Kebanyakan mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan ini menyukarkan lagi untuk mereka mendapat pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta yang diiktiraf. Ditambah lagi dengan ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan memaksa kanak-kanak di kawasan Chow Kit melupakan alam kanak-kanak mereka dan berkeliaran di lorong-lorong sekitar Jalan Chow Kit tanpa ada hala tujuan.

Pencetus idea Kuala Lumpur Kita Je!, Kamal Solhaimi Fadzil berkata, tujuan utama pameran ini dijalankan adalah untuk mendesak pihak berkuasa tempatan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak pelarian dan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri memasuki alam persekolahan.

“Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kepentingan untuk melindungi kanak-kanak ini dalam memberi pendidikan tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Jika mereka diberi persekolahan dan akan datang kalau ada program pemutihan yang dilakukan maka mereka dapat menyambung pengajian ditempat asal mereka serta tidak terhenti begitu sahaja,” katanya ketika hadir di Pameran Kuala Lumpur Kita Je!.

“ONE PERSON REPRESENTING AN ABSTRACT TOPIC”

Pameran Kuala Lumpur Kita Je! lebih menumpukan kepada cerita kemanusiaan  kanak-kanak pelarian yang kurang bernasib baik. Visual-visual yang terhampar pada dinding-dinding merupakan imej yang di ambil sendiri oleh kanak-kanak pelarian ini sebahagian dari tugasan dalam pembelajaran mereka. Gambar yang disertakan dengan caption  itu merupakan ekspresi dan mesej berbentuk abstrak oleh kanak-kanak itu sendiri yang mahu masyarakat Malaysia terutamanya melihat realiti kehidupan mereka. Pameran ini dikategorikan sebagai  kisah kemanusiaan seseorang mewakili topik abstrak dengan bertujuan menarik khalayak supaya lebih prihatin dengan senario yang terjadi sekarang.

DAYA TARIKAN

Pameran ini menampilkan beberapa gambaran visual yang mengandungi nilai tersendiri pada setiap gambaran visual yang dipersembahkaan kepada umum. Salah satu gambaran visual yang mempunyai nilai dan pesanan yang mendalam adalah poster kanak-kanak sedang bermain mengelilingi sebatang pokok.

Hasil karya lukisan bersama [Sulama, Aisyah, Tashah, Aatikah, Fatimah, Kinza, Mafuza, Aqsa dan Suzana] kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit.


Melalui paparan visual diatas, dapat dilihat beberapa kanak-kanak terpisah dengan alam kehidupan kanak-kanak yang sebenar. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Ranting-ranting pokok yang ditonjolkan mewakili kehidupan yang patut kanak-kanak lalui diusianya tetapi dihalang oleh ketinggian pokok. Ia sengaja dilukis sebegitu bagi menunjukan kepada umum mengenai keperitan yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak seperti mereka.


 Hasil tulisan luahan hati dan harapan oleh kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit.

Selain itu, paparan visual tulisan tangan kanak-kanak mengenai harapan mereka juga amat menyentuh perasaan sesiapa yang membaca dan melihatnya. Majoriti harapan kanak-kanak ini mahukan dokumen pengenalan diri agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusia dengannya dalam keadaan yang selamat.

KISAH DISEBALIK VISUAL

Cerita di sebalik imej tersebut menjadikan visual tersebut lebih istimewa dan bernilai. Visual itu sendiri menceritakan kisahnya dengan hanya diratapi dengan mata, dan dengan bantuan caption dan penceritaan menjadikannya lebih mudah untuk menarik khalayak. Sesebuah penceritaan menjadikan sesebuah komunikasi antara penyampai dan audiens lebih berkesan. Visual yang diambil oleh kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini merupakan ekspresi dari mereka supaya audiens lebih mengambil berat dan mengambil kisah akan keadaan yang terpaksa mereka hadapi dalam proses mengharungi hidup di bumi bertuah ini.


BAKUL BOY

                           Salmankan sedang menolak troli kayu yang berisi ikan untuk di hantar ke pelanggan di Pasar Basah Filipino di Kota Kinabalu.

Bakul Boy merupakan sebuah kisah benar mengenai seorang budak lelaki bernama Salmankan yang berasal dari Semporna, Sabah. Budak lelaki ini mengikuti keluarganya berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah dalam usaha mencari kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Salmankan melakukan dua kerja dalam masa sehari iaitu menjual beg plastik (bakul) dan kemudiannya menolak troli kayu antara pembekal ikan dengan pelanggan di Pasar Basah Filipino di Kota Kinabalu. Dia bekerja untuk membantu keluarganya dan tidak berkesempatan sama sekali untuk mendapatkan pendidikan.



Sekilas lalu pameran "KUALA LUMPUR KITA JE!"


3 comments: